Monday, 23 April 2012

Unsur-Unsur Seni Visual



Unsur Seni
-Unsur seni terdiri daripada garisan, rupa, bentuk, Jalinan, ruang dan warna.


1. Garisan
Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu. Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa jalinan, ton, corak dan untuk menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan.

Jenis Garisan
2.  Rupa
Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula. Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garis luar serta terbahagi kepada dua iaitu rupa geometri an rupa organik.

Rupa Geometri









Rupa Organik

3.  Bentuk
Bentuk mempunyai keluasan, jisim, dan lebih daripada satu permukaan. Bentuk terbahagi kepada 2 iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi.  

Bentuk Konkrit







4. Jalinan
Jalinan juga merupakan unsur seni, iaitu kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Jalinan terbahagi kepada 2 iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.






5.  Ruang
Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek atau rongga dalam sesuatu objek. Ruang terbahagi kepada 2 iaitu ruang nyata dan ruang tampak. Ruang nyata ialah ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit. Manakala, ruang tampak pula ialah ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan.

6. Warna
Warna merupakan salah satu daripada unsur seni. Warna boleh dibahagikan kepada warna harmoni, warna penggenap dan warna sewarna. Warna harmoni ialah warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang). Warna penggenap ialah warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya , kontra, getaran dan pergerakan. Warna sewarna ialah hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap).
                       

No comments:

Post a Comment